Wednesday, September 7, 2016

Erra Fazira Buat Kejutan Kepada Shahir AF

Erra Fazira Buat Kejutan Kepada Shahir AF

aera

Pelakon popular, Erra Fazira telah membuat satu kejutan kepada penyanyi Shahir AF.

Walaupun mereka berdua sering tarik tali dan menafikan mempunyai hubungan istimewa, Erra Fazira sekali lagi menimbulkan tanda tanya orang ramai setelah memuat naik gambar Shahir AF di laman sosial intsgram.

Ini bersempena dengan ulangtahun kelahiran penyanyi itu baru-baru ini.

Erra Fazira juga telah menulis ucapan penuh romantis itu dimuat naik menerusi laman Instagram beliau sehari selepas hari jadi Shahir pada 5 September yang lalu.

Ini ucapan Erra:

“Cakk! Kejutan untuk kamu yang dikasihi. Jangan marah. Jangan terperanjat. Selamat ulang tahun. Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu. Moga dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki. Terima kasih kerana banyak menyumbang sisi positif dalam hidup saya”

“Saya Mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan kamu. Semoga tahun ini akan menyerlahkan keriangan yang tak bernoktah dan memori yang indah,”

Gambar tersebut juga telah mengejutkan para peminatnya.

Walaupun gambar itu menutup bahagian mata, namun peminat dengan mudah dapat meneka pemilik wajah tersebut iaitu Shahir AF. Namun sehingga kini Erra Fazira dan Shahir masih membuat para peminat berteka-teki tentang status hubungan mereka. -PENMERAHDOTCOM

The post Erra Fazira Buat Kejutan Kepada Shahir AF appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments