Setelah berfikir dengan sedalam-dalamnya serta memohon petunjuk daripadaNya, Fara Fauzana hari ini memakmlumkan bahawa perkahwinan beliau bersama jejaka bernama Hafiz terpaksa dibatalkan. Bagaimanapun Fara memilih untuk tidak mendedahkan sebab pembatalan majlis tersebut dengan menyatakan ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
BACA: Adakah Ini Bakal Suami Fara Fauzana?
“Dengan penuh rasa dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan. Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi untuk dikongsikan”
“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti. Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media. Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini,” katanya kepada m Star Online.
Sementara itu Fara turut memberitahu bahawa keputusan ini ternyata sukar buat dirinya, malah pada ketika ini beliau sedang melalui situasi yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran. Maka dengan itu, Fara memohon kerjasama daripada semua pihak untuk memberikannya masa dan ruang untuk melapangkan fikiran sementara waktu.
Sebelum ini, Fara dala satu sidang media telah mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejak bernama Hafiz yang juga seorang ahli perniagaan pada 17 September ini sekaligus menjawab segala spekulasi yang bertebaran. Fara turut memaklumkan bahawa keluarga Hafiz telah pun merisik beliau pada Febuari lalu dalam satu majlis ringkas. (rkty/w)
0 comments