Bermacam kisah kita kebelakangan ini sehingga boleh dikatakan mencetus kemarahan orang ramai. Baru-baru ini industri hiburan gempar apabila pelakon, Uqasha Senrose nekad untuk membuka tudung selepas tiga tahun berhijab. Belum lagi reda soal itu, ahli perniagaan terkenal, Safie Ilias pula sudah penat berubah menjadi baik dan kembali menjadi pondan.
Hal ini turut mendapat perhatian model terkenal, Felixia Yeap yang suatu ketika dahulu pernah mengalami penghijrahan seumpama mereka. Bergelar seorang mualaf, bukanlah mudah bagi Felexia untuk mengekalkan perubahan itu, sekaligus beliau sangat memahami situasi yang berlaku terhadap Uqasha dan Safie yang terkandas di pertengah jalan penghijrahan.
Walau apapun, setiap keputusan yang dilakukan mereka mungkin ada sebabnya. Sukar untuk kita sewenangnya menghakimi mereka jika tidak berada di tempat mereka yang juga merupakan selebriti terkenal. Apa yang terbaik adalah sama-sama kita mendoakan mereka terbuka hati untuk kembali dengan penghijrahan mereka sehingga ke garisan akhir tanpa mengalah. (rkty/w)
0 comments