Seperti yang sudah dijangkakan filem karya Syamsul Yusof iaitu Munafik telah berjaya merangkul anugerah utama Filem Nasional Terbaik (FFM28) selain memenangi 5 kategori utama yang lain. Sementara itu, Filem Jagat pula memenangi Filem Terbaik Malaysia.
BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Festival Filem Malaysia Ke 28 (FFM 28)
Selain itu juga, acara ini diterajui oleh dua pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad. Pada malam itu juga turut diserikan dengan beberapa persembahan artis seperti Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Man Bai, Aizat, Tomok, Maman, Ernie Zakri, Bunkface, Dewi Seriestha, dan Back To Basixx.
Malam Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 telah diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Senarai kategori pemenang FFM28
Filem Box Office: Polis Evo
Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof (Munafik)
Pelakon Kanak-kanak Terbaik: Tan Qin Lin (The Kid From The Big Apple)
Cerita Asal Terbaik: Pekin Ibrahim (Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit)
Sinematografi Terbaik: Haris Hue Abdullah (Polis Evo)
Pelakon Baharu Wanita Terbaik: Falisha Crossley (Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit)
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik: Adam Shahz (Juvana 2- Terperangkap Dalam Kebebasan)
Pengarah Baharu Terbaik: Shanjhey Kumar Perumal (Jagat)
Lakon Layar Terbaik: Bea Tanaka (Nota)
Anugerah Khas Juri: Ola Bola
Anugerah Khas Juri: Polis Evo
Anugerah Khas Juri: The Kid from The Big Apple
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Langit Cinta)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hushairi Hussain
Filem Cereka Animasi Terbaik: Boboiboy The Movie
Pelakon Wanita Terbaik: Nabila Huda
Pelakon Lelaki Terbaik: Pekin Ibrahim
Karyawan Sepanjang Zaman: Tuan Haji Deddy M Borhan
Pengarah Terbaik: Syamsul Yusof
Filem Terbaik Malaysia FFM28: Jagat
Filem Terbaik Nasional FFM28: Munafik
0 comments