Friday, September 2, 2016

Lahir Tak Cukup Bulan, Ini Perkembangan Terkini Anak Misha Omar

Lahir Tak Cukup Bulan, Ini Perkembangan Terkini Anak Misha Omar

anak misha

Penyanyi Misha Omar telah selamat melahirkan anak pertamanya minggu lepas, namun dikatakan masih belum cukup bulan.

Walaubagaimanapun, dalam perkembangan terkini bayi tersebut, Misha bersyukur apabila anaknya itu semakin positif dan dibenarkan untuk dibawa pulang pada malam Khamis selepas seminggu dirawat di hospital.

Misha turut sempat mengumumankan nama anak sulungnya itu iaitu Muhammad Idris Ezzwa, hasil perbincangan sama sepakat dengan suaminya.

Atas nasihat doktor yang merawatnya, Misha dinasihatkan untuk tidak menerima sebarang kunjungan tetamu untuk memastikan bayinya bebas daripada sebarang masalah kesihatan.

Ini komen Misha Omar:

“Sepanjang seminggu lalu, saya melalui episod getir yang menguji kasih sejati seorang ibu.

“Alhamdulillah, Idris menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif sepanjang berada di bawah pengawasan doktor dan dibenarkan pulang malam tadi (Khamis).

“Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesejahteraan diri saya dan anak,”

“Disebabkan doktor menasihatkan untuk tidak terlebih dulu menerima tetamu, saya berkongsi foto Idris untuk tatapan peminat.

“Alhamdulillah keadaan saya dan bayi sihat cuma masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana baru,”

Untuk pengetahuan, Misha Omar melahirkan bayi seberat 2.05 kilogram itu secara normal, tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan iaitu pada 24 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. -PENMERAHDOTCOM

 

The post Lahir Tak Cukup Bulan, Ini Perkembangan Terkini Anak Misha Omar appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments