Monday, January 23, 2017

“Macam Tak Percaya Saya Dah Kahwin”

Baru sahaja bernikah pada awal Januari lalu, Mia Ahmad mengakui dirinya merasa kekok dengan hubungan suami isteri apabila berduaan di rumah, malah kadang-kadang terlupa dengan status halal yang dimilikinya. Bukan itu sahaja, nak berpegangan tangan di depan orang juga malu.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Mia Ahmad, Izham Tarmizi

“Sampai sekarang saya masih tidak percaya saya sudah berkahwin dengannya. Itu yang kadang-kadang saya tersilap membahasakan dia adalah bakal suami dengan peminat di laman Instagram, sedangkan dia sudah menjadi suami saya”

“Paling lucu, bila keluar dengan dia di tempat umum saya masih takut-takut untuk pegang tangan dia, bahkan apabila masuk ke dalam rumah berdua juga perasaan takut itu tiba-tiba datang menerpa,” katanya kepada Kosmo Online.

Sebelum ini, Mia telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari lalu dengan sekali lafaz. Manakala majlis resepsi perkahwinan mereka pula telah diadakan pada 15 Januari lalu, sementara sebuah lagi majlis di pihak lelaki bakal diadakan pada Mac nanti. (rkty/w)

Load disqus comments

0 comments