Tegas dengan pendirian tidak mahu mendedahkan anak sulungnya, Yahaira Leanne sebelum ini kepada dunia hiburan telah menimbulkan spekulasi apabila beliau muncul dalam sebuah iklan. Bagaimanapun, Yusry Abdul Halim nampaknya seperti berubah fikiran dan berpendapat sebagai ibu bapa, mereka tidak mahu menyekat rezeki anak perempuan mereka itu.
BACA: Hamil Anak Kedua, Lisa Surihani Tidak Lagi Alahan Teruk
“Benar, kami pernah berkata tidak mahu terlalu mendedahkan Yahaira pada perhatian umum. Tapi sebagai ibu bapa, siapalah kami untuk menyekat rezekinya. Jadi bila ada tawaran kami rasa bersesuaian, tidak salah untuk terima. Begitu juga dengan gambar Yahaira di Instagram kami.
“Ada yang mempertikaikan mengapa kami upload gambar Yahaira sedangkan kami kata tak mahu dedahkan dia. Maksud tidak mahu dedahkan itu, wujudkan akaun media sosial untuknya dan kongsi aktiviti hariannya. Tapi bila hari raya atau hari jadi dia, takkanlah kami nak upload gambar berdua, seolah-olah menidakkan pula kehadirannya,” katanya kepada Media Hiburan.
Untuk pengetahuan umum, pasangan bahagia ini kini juga sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua mereka selepas Lisa disahkan hamil. Berita gembira tersebut telah diumumkan sendiri oleh Lisa menerusi posting yang dimuat naik ke laman sosial. Apapun siapalah kita ingin menolak rezeki, asalkan pendedahan yang diberikan dipantau dengan baik. (rkty/w)
0 comments