Sunday, January 22, 2017

Hanez Suraya, Suami Bakal Bercerai?

Melalui satu perkongsian gambar di forum CARI, nama pelakon Hanez Suraya didakwa tersenarai dalam kes Mal yang terdapat di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Perkara ini sekaligus memberi kejutan kepada orang ramai kerana keluarga ini dilihat sentiasa ceria dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka, Putri Aleesya.

BACA: Hanez Suraya Buat Persediaan Berhenti Berlakon?

Menurut laman web Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, kes Mal merangkumi beberapa perkara dalam dalam kekeluargaan Islam termasuklah tentang pembubaran keluarga.

Namun sehingga kini, Hanez masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara berkenaan. Apa pun, jika sudah bersedia pastinya Hanez akan berkongsi kisah sebenar yang melanda dirinya.

Load disqus comments

0 comments