Sebelum ini ada gosip mengatakan pasangan Hanez Suraya dan suami, Romie Razin bakal bercerai namun masih tiada pengesahan daripada pihak mereka. Terbaru, Hanez sah menfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah terhadap suaminya. Bagaimanapun, Hanez dikatakan tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya.
BACA: Hanez Suraya, Suami Bakal Bercerai?
Memetik laporan Berita Harian Online, pergolakan rumah tangga pasangan ini mula bertebaran sejak beberapa bulan lalu, namun ianya seakan mula reda apabila mereka bercuti ke Jepun bagi menyelesaikan masalah mereka. Pada masa yang sama, Hanez ada menyatakan hasrat untuk kembali bergiat aktif berlakon walaupun dihalang suaminya.
Terdahulu, berita pasangan ini bakal bercerai mula tersebar apabila nama pelakon itu tersenarai dalam kes Mal yang terdapat di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Perkara ini sekaligus memberi kejutan kepada peminat yang melihat keluarga mereka seakan bahagia lagi-lagi dengan kehadiran cahaya mata perempuan mereka, Putri Aleesya.
Pasangan itu berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya yang berusia 13 bulan. Apapun buat Hanez dan suami, diharap mereka dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik. Doakan yang baik sahaja untuk mereka. (rkty/w)
0 comments