Monday, January 23, 2017

“Saya Mahu Anak Lagi”

Tahniah buat Awie dan pasangan yang baru sahaja selesai melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka secara tertutup semalam di Tadom Hills Resorts baru baru ini. Kata Awie, buat ketika ini belum ada berita gembira untuk dikongsikan namun tidak menolak untuk menambah bilangan cahaya mata.

BACA: Gambar Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Awie Dan Isteri

“Soal anak, saya masih lagi mencuba. Tetapi saya memang ingin anak untuk perkahwinan kali ini. Lagipun saya memang mahu anak ramai. Cuma umur saya sudah mencecah 49 tahun. Sekurang-kurangnya dikurniakan satu atau dua zuriat pun saya sudah bersyukur,” katanya kepada Utusan Online.

Harapan Awie untuk perkahwinan kali ini hanya satu iaitu untuk mengembalikan kemeriahan berkeluarga selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.

“Saya harap akan berkekalan hingga ke akhirnya dan saya juga sentiasa berdoa supaya Allah mengubah sikap buruk saya selama ini,” katanya

Load disqus comments

0 comments