Hanya kerana dilihat mesra dengan adik lelakinya, pelakon Ruhainies tidak dapat lari daripada menjadi mangsa kecaman dan cemuhan warga laman Twitter yang tidak senang dengan perkara tersebut. Ikatan kekeluargaan yang rapat bagaimanapun disalaherti oleh segelintir masyarakat.
BACA: Mesra Dengan Lelaki, Ruhainies Nafi Dirinya Playgirl
“Bagi saya video yang dimuat naik itu tak ada apa yang salah. Semua yang mengenali saya tahu saya memang rapat dengan keluarga. Namun, apabila ada yang berpandangan negatif, bagi saya ia memang tak patut”
“Apatah lagi hingga mengeluarkan kenyataan yang tak sepatutnya seperti sumbang mahram. Kalau betul tak sukakan saya, lebih baik diam. Video itu tak ada kena mengena dengan mana-mana pihak pun,” jelasnya kepada Harian Metro.
Tambah Ruahinies lagi, adiknya yang berusia 16 tahun itu tidak ambil kisah mengenai perkara berkenaan selain menyatakan status dirinya sebagai selebriti membuatkan setiap perilakunya dinilai oleh masyarakat. (rtky/s)
0 comments