Tidak mudah melatah dengan khabar angin yang berlalu pergi, Nazim Othman menafikan bahawa rumahtangganya kini sedang bergolak dan melalui Harian Metro juga pelakon ini menjelaskan bahawa dia tidak suka berkongsi kisah peribadi.
BACA: Rumah Tangga Nazim Othman, Bella Dally Bergolak?
“Terima kasih kepada yang bertanya, itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami. Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja”
“Dari dahulu lagi saya memang tak suka berkongsi kisah peribadi. Malah selepas berkahwin pun prinsip saya masih sama. Berkenaan gosip itu, tak ada apa yang perlu diceritakan lebih lanjut,” jelasnya.
Melalui kenyataannya ini harapnya dapat menjawab persoalan peminat yang mungkin tertanya tanya mengenai perkara yang terjadi kepada pasangan ini. Pastinya Nazim dan juga Bella Dally sudah cukup matang membawa diri sebagai suami isteri dan juga selebriti. (rtky/s)
0 comments