Thursday, February 23, 2017

'Tak pernah dapat penyewa lambat bayar, awak cari rumah lain lepas ni' - Tuan Rumah


Hanya kerana terlewat bayar sehari, seorang lelaki ditegur oleh pemilik rumah sewa sedangkan bukan kehendak lelaki itu untuk terlambat bayar sehari. 

Aidil Hj Haron menerima bayaran gajinya setiap 5 haribulan dari majikannya dan perkara pertama yang dibuatnya adalah membayar sewa rumah. Namun baru-baru ini, kelewatannya menerima gaji menyebabkan dia terlewat sehari membuat pembayaran sewa. 

Akibatnya, pemilik rumah berkenaan menghubungi Aidil dan mula menuduh Aidil culas dalam membayar sewa rumah setiap bulan. 

"Janji tiap 5 hb, akak pun nak pakai duit. Patutnya hujung bulan tetapi akak dah tolak ansur 5 hb pun lambat. Kalau dah tak berminat sewa di situ, ada orang nak masuk. 

"Selalu orang bayar sewa hujung bulan, bukan 5 hb. Akak bukan orang kaya, kena bayar hutang juga. Kalau nak lambat 20-30 hari, beli rumah sendiri. Tak payah sewa rumah orang," kata pemilik rumah tersebut kepada Aidil. 


Terkejut menerima mesej tersebut, Aidil menjelaskan bahawa dia sememangnya menerima gaji setiap 5hb dan menegaskan belum pernah lagi dia terlewat membuat pembayaran sewa rumah lebih dari 10 hb.

Malangnya, pemiliknya enggan menerima penjelasan Aidil lalu menyarankannya berpindah keluar dan cari rumah lain untuk disewa kerana dia terdesak menggunakan duit hasil dari sewa rumah. 

"Sebenarnya 5 hb itu dah kira lambat. Akak kena bayar bank 25 hb. Memang akak dah tolak ansur 5 hb, tapi janganlah lewat dari 5 hb itu. Dah akak tolak ansur, hargailah. 

"Bulan lepas dah lambat, bulan ini lambat lagi. Lepas itu tak bayar pula nanti. Akak tak pernah dapat penyewa lambat bayar. Awak saja yang lambat," kata pemilik rumah. 

Enggan mencetuskan pergaduhan, Aidil meminta pemilik rumah tersebut bersabar dan memahami keadaannya. 






"Saya dapat gaji saya akan bayar rumah dulu. Saya ada anak dan isteri, saya pun tahu tanggungjawab saya. Saya harap akak faham," kata Aidil. 

"Akak pun ada anak-anak, ada keluarga. Akak harap awak cari rumah lain selepas ini," balas pemiliknya 

Difahamkan, Aidil keluar dari rumah sewa itu selepas perbualan dengan pemilik rumah yang enggan bertolak ansur dengannya. Dan apabila Aidil cuba meminta wang depositnya dipulangkan, wanita berkenaan enggan menurut kemahuan Aidil. 






Justeru, Aidil meminta orang ramai yang mengenali wanita berkenaan, menasihatinya agar selesaikan masalah yang timbul secara baik. Aidil menegaskan dia tiada masalah jika wang depositnya digunakan untuk membayar tunggakan bil elektrik dan air (jika ada). - The Reporter
Load disqus comments

0 comments