Friday, July 21, 2017

Lebih 200 biji batu dikeluarkan dari badan pesakit kerana kerap tinggalkan sarapan pagi


CHINA - Pakar bedah di China mengeluarkan lebih daripada 200 biji batu dari badan seorang wanita dalam satu pembedahan yang dilakukan minggu lalu, lapor Daily Mail. 

Mereka mendakwa, batu-batu tersebut ditemui di dalam pundi hempedu dan hati wanita itu, yang berkemungkinan besar terhasil disebabkan pesakit tidak mengambil sarapan pagi selama lebih dari satu dekad. 


Menurut Hospital Guangji di Hezhou, ada beberapa ketul batu yang saiznya sama seperti sebiji telur. Pembedahan itu dilakukan pada 15 Julai lalu dan mengambil masa selama enam jam.

Pesakit yang dikenali sebagai Cik Chen, berusia 45 tahun, menyara hidup dengan mengumpul rosin - bahan melekit berwarna kuning atau coklat yang berasal dari pokok pain.

Doktor dari Hospital Guangji, wanita itu sering makan sisa makanan dan makan secara tidak teratur mengikut waktu makan.  

Difahamkan, Cik Chen mula mengalami masalah sakit perut lebih dari 10 tahun yang lalu. Semasa menjalani pemeriksaan perubatan, Cik Chen dinasihatkan oleh doktor pada masa itu untuk menjalani pembedahan. Namun dia tidak bersetuju kerana takut dibedah. 

Bagaimanapun, Cik Chen dimasukkan ke Hospital Guangji minggu lalu selepas dia sudah tidak mampu menahan masalah sakit perutnya yang tidak tertanggung. 


Batu-batu yang terbentuk dalam pundi hempedu adalah kristal kecil yang biasanya diperbuat daripada kolestrol. Batu hati pada dasarnya sama, tetapi terbentuk di dalam hati. 

Menurut NHS, individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan usia 40 tahun ke atas, terutamanya wanita adalah cenderung untuk menderita batu hempedu. 


Salah seorang pakar bedah yang terlibat dalam pembedahan itu, Doktor Quan Xuwei berkata, ramai pesakitnya yang menderita batu hempedu gemar melangkau atau mengambil sarapan pagi mereka secara tergesa-gesa. 

"Apabila seseorang itu tidak makan sarapan pagi, pundi hempedu mereka akan berhenti menyusut atau berkembang. Ini boleh menyebabkan hempedu membesar di dalam pundi hempedu, yang membawa kepada tahap kolestrol dan kalsium yang tinggi." jelasnya. 


Walau bagaimanapun, pakar di UK mempunyai pendapat yang berbeza. Doktor George Webster, Naib Presiden British Society of Gastroenterology berkata, implikasi tabiat diet pemakanan tertentu sebagai penyebab batu hempedu atau batu hati akan menjadi spekulasi tulen, tanpa asas bukti saintifik untuk menyokongnya. 


Doktor Webster berkata, batu di pundi hempedu serta saluran dalam hati adalah masalah biasa di seluruh dunia, tetapi penyebabnya seringkali tidak dapat dikenalpasti. 
Load disqus comments

0 comments