Mengakui sedikit malang dalam bab percintaan, namun pelakon Izreen Azminda sama sekali tidak pernah berputus asa untuk mendirikan rumahtangga. Namun untuk perkahwinan yang akan datang, dia berharap bakal suaminya adalah orang yang mampu meringankan kerjanya ketika ini.
BACA: Muka Garang, Saudara Tak Berani Tanya Jodoh
“Saya tidak boleh duduk senang lenang kerana komitmen sangat tinggi tambahan pula saya seorang yang bekerja untuk menanggung anak dan keluarga. Setiap bulan saya perlu membayar rumah, kereta, keperluan anak dan tanggungjawab kepada ibu bapa dan jika saya tidak rajin bekerja siapa akan bayar semua itu?”
“Anak pula semakin membesar jadi saya tidak boleh malas dan perlu fokus bekerja untuk memastikan keperluan mereka dapat saya lunaskan walaupun saya perlu berkorban banyak perkara,” katanya dipetik daripada mStar Online.
Tambahnya lagi buat ketika ini dia masih belum berjumpa sesiapa yang betul betul menerima dirinya dan keluarga seadanya.
“Saya bukannya memilih apatah lagi berangan-angan mencari orang kaya sebagai suami tetapi jika saya ingin berkahwin biarlah lelaki itu nanti dapat meringkan beban saya”
“Jika berkahwin nanti saya masih perlu bekerja kuat seperti sekarang dan dia pula menjadi beban saya, jadi apa gunanya saya kembali berumah tangga?,” jelasnya. (rtky/s)
0 comments