Muncul dengan video (yang telah pun dipadam) perkongsian kisah tentang dirinya berhadapan dengan wanita bertudung baru baru ini, Uqasha Senrose menjelaskan kepada portal Media Hiburan bahawa dia masalah dengan wanita yang menutup aurat.
BACA: “Pakai Tudung Labuh, Tapi Tunjuk Penumbuk!”
“Seperti yang saya jelaskan dalam video, beberapa hari lepas saya ke Kelantan dan ketika di stesen miyak, berlakunya satu kejadian salah faham di antara saya dan seorang pemandu perempuan”
“Sebenarnya, saya tak mahu komen panjang tentang isu ini tetapi ingin saya jelaskan saya tiada masalah langsung dengan sesiapa. Saya tiada niat buruk dan mahu netizen mengambil pengajaran dalam kisah saya,” katanya.
Sementara itu, menurut Uqasha dia kesal kerana wanita bertudung biasanya dikaitkan dengan tingkah laku lemah lembut namun berbeza pula dengan apa yang dihadapinya.
“Sejak saya muat naik memang ada beberapa pihak yang terasa hati dengan saya. Tetapi jujur saya kata saya tiada niat untuk komen fizikal/penampilan seseorang. Malah saya memang tiada masalah langsung dengan gadis bertudung”
“Cuma itulah, saya agak kesal bila gadis bertudung yang selalunya dikaitkan dengan perwatakan lemah lembut dan berbudi biacara boleh bertidak seperti itu,” luahnya. (rtky/s)
0 comments