Thursday, July 20, 2017

Izara Aishah Tak Bimbang Saham Jatuh Lepas Kahwin

Tidak dinafikan ada sebilangan populariti selebriti yang seakan menurun selepas berkahwin namun bagi Izara Aishah, dia tidak pernah bimbang dengan perkara tersebut selain jelas dengan apa yang diimpikan dalam duni seni.

BACA: Adib Khalid Hantar Rombongan Risik Izara Aishah

“Saya realistik dalam apa yang dilakukan. Dalam hidup ini, saya percaya kita dicipta untuk berpasang-pasangan iaitu melalui perkahwinan. Saya juga percaya rezeki ada di mana-mana. Peminat juga bijak menilai pelakon kesayangan tidak kira sama ada sudah berstatus bujang atau berkahwin”

“Minat berlakon takkan terhakis. Cuma mungkin selepas berkahwin nanti, saya harus jadi lebih peka dengan status diri.
Saya selama inipun bersikap selektif dalam menimbang watak. Jadi, prinsip itu akan kekal,” jelasnya kepada BH Online.

Apa pun, semoga segala perancangan Izara dalam kehidupan dapat berjalan dengan lancar selain dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments