Gara gara babak lentok Syafiq Kyle di atas dada pelakon wanita, Hannah Delisha, drama yang dibintangi dua pelakon ini mendapat kecaman di laman sosial. Ada komen yang menyifatkan drama tersebut mengenepikan nilai murni agama Islam.
BACA: “Sebagai Pelakon, Tak Payahlah Nak Cipta Chemistry Sangat”
Malah penonton juga turut membandingkan Syafiq dengan pelakon lelaki lain yang berlakon tanpa bersentuhan. Sementara itu menurut Syafiq Klye sendiri, apa yang dilakonkannya itu adalah untuk memenuhi kehendak jalan cerita berkenaan.
“Saya ada teori saya sendiri dan ada juga drama yang saya tak pegang langsung. Kita ikut skrip dan penonton boleh bersuara jangan bersentuh, itu… ini, tetapi mereka tak ada kuasa untuk menilai saya siapa, Hannah siapa atau director siapa kerana kita masing-masing tahu apa yang kita kerjakan,” jelasnya.
Boleh tahan juga baca komen di Instagram tersebut. Mentang-mentanglah Syafiq Kyle bukan pelakon favourite, habis dihentamnya. Kalau drama lain bukan main menjulang, nak peluk pun no problemlah. Tapi apa nak buat, laman sosial adalah tempat bebas untuk semua orang melepaskan amarah dan pendapat masing masing. (rtky/s)
0 comments