Sunday, July 30, 2017

“Suami Dedah Perangai Sebenar Lepas Kahwin”

Baru saja sebulan mendirikan rumahtangga nampaknya pelakon serta pengacara, Anis Al Idrus mengakui bahawa kini dia mulai sedar perangai sebenar suaminya. Akui baru dengan perkara tersebut, Anis dalam masa yang sama mengakui segan kadang kala dengan perlakuan suaminya itu.

BACA: “Biasalah Artis Kongsi Gambar Peluk Suami”

“Sebelum kami kahwin, saya tak pernah tahu yang Rafzan pantang lihat barang bersepah. Apabila dah duduk serumah ini, barulah saya tahu itu perangai sebenar dia. Kadang-kadang segan juga saya apabila suami yang buat kerja-kerja rumah tapi dia memang suka melihat barang teratur mengikut kehendaknya,” kongsi Anis kepada mStar Online.

Sementara itu, pelakon berkenaan turut menyatakan perbezaan selepas berkahwin apabila dia sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa sendirian kerana ibu bapa tinggal di Indonesia, mengakui sedikit pelik apabila sentiasa berteman.

“Saya dah biasa buat semua benda seorang diri. Mana tidaknya, saya anak tunggal dan mak ayah tak ada dekat Malaysia. Mereka tinggal di Indonesia. Dari kecil dah terbiasa, apabila kahwin ini rasa pelik pula ada orang teman. Tapi ianya sesuatu yang menarik sebab ada orang yang kita sayang sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments