Perasan juga di laman sosial media ada pihak yang masih keliru dengan apa yang terjadi buat pemegang nama Alif ini sehingga membuatkan Alif Satar tampil menjelaskan perkara yang sebenar. Tidak kurang juga ada yang berjenaka mengenai nama mereka yang sama malah turut dikaitakan dengan Aliff Syukri.
BACA: Video Aliff, Afifah Nasir Berpimpin Tangan Tersebar
Semuanya bermula apabila nama pelakon dan juga penyanyi Aliff Aziz menjadi perbualan apabila dia didakwa memukul isterinya di pusat karaoke. Terkena tempias nama sama, Alif Satar menyatakan bahawa mereka sememangnya individu berbeza.
“Tiba masanya mereka di luar membezakan antara Alif Satar dan Aliff Aziz. Kami berdua individu yang berbeza… cuma mempunyai persamaan pada nama saja. Saya dapat tahu ada juga media keliru. Namun, secara tidak langsung, isu yang timbul membuka mata masyarakat dengan perbezaan kami”
“Saya enggan mengulas apa-apa mengenai insiden itu. Cuma saya ada memuat naik status di Insta Story semalam supaya tidak ada pihak yang keliru lagi,” katanya kepada BH Online.
Sementara itu, isu yang melibatkan Aliff Aziz dan juga Afifah Nasir ini juga turut mendapat reaksi daripada selerbriti tempatan seperti Che Ta dan yang paling terbaru, perbalahan di laman sosial oleh adik Neelofa iaitu Ameera Khan di Twitter. (rtky/s)
0 comments