Tuesday, July 25, 2017

“Sanggup Mereka Sunting Nama, Maklumat Saya”

Siapa tidak kenal dengan ahli perniagaan berjaya, Nur Sajat. Biarpun ramai yang kagum dengan pencapaiannya namun jantinanya masih menjadi persoalan ramai. Terbaru sekeping gambar menunjukkan maklumat peribadinya yang membuktikan dirinya lelaki mula tersebar.

“Ini bukan kali pertama saya mengalaminya. Sebenarnya mereka ini tak ada kerja dan terlalu ‘kreatif’ hingga sanggup menyunting nama. Bagi saya tindakan mereka seperti tak ada kemajuan dalam diri. Biarlah mereka terus berkata, saya malas nak ambil peduli”

“Bagi saya, setiap yang positif saya ambil untuk memotivasikan diri saya dan terus menjadi lebih baik, manakala segala yang negatif adalah teladan untuk saya lebih berhati-hati,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai maklumat dirinya yang didakwa lelaki tersebar.

Terdahulu gambar tersebut yang menunjukkan nama sebenar Sajat adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berserta dengan gambarnya sekali terpampang di media sosial. Malah ini bukanlah kali pertama cubaan orang ramai untuk membuktikan dirinya adalah berjantina lelaki.

Selain menjalankan perniagaan barangan kosmetik, Sajat juga telah mengeluarkan koleksi pakaian Hari Raya yang dikenali sebagai RTW Sajat. Namanya mula dikenali apabila sering memuat naik video aksi seksi di Instagram dan membeli banglo lama Datuk Aliff Syukri. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments