Wednesday, July 26, 2017

“Usia Begini Jangan Ingat Saya Tak Fikir ‘Di Sana’”

Nama ibu kepada pelakon Rusdi Ramli iaitu Norlia Ghani baru baru ini menjadi sebutan dan juga tohmahan sesetengah warga laman sosial yang merasakan bahawa pelakon veteran ini lebih baik bertaubat daripada berlakon.

BACA: “Masih Tunggu Calon Jodoh Terbaik”

“Biarlah apa orang nak kata… sebab tak semua orang tahu artis veteran ni bukan hidup senang. Orang luar ingat semua artis tu kaya. Yalah… kita ni bila keluar rumah kena pakai cantik-cantik sebab kita artis tapi belum tentu kita ada duit”

“Saya masih lagi tinggal menyewa. Sebulan kena bayar sewa dalam RM1,000 lebih. Saya ada mohon rumah PPR (rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat) dah sekian lama tapi sampai sekarang tak dapat. Nak harapkan anak-anak, memang mereka ada bantu tapi mereka pun ada keluarga sendiri. Takkan kita nak minta duit anak-anak pula?,” kongsinya kepada mStar Online.

Tambah Norlia, dia kini tinggal bersama seorang anak lelakinya yang tidak mampu bekerja kerana sakit dan sementara itu Rusdi Ramli tidak pernah melepaskan tanggungjawabnya membantu ibunya itu.

“Alhamdulillah… pada usia sekarang saya masih sihat, kuat. Saya bersyukur banyak-banyak dan soal rezeki juga saya serahklan kepada Tuhan. Pada usia sebegini jangan ingat saya tak fikir ‘di sana’ (kematian) tetapi rezeki, tetap perlu dicari,” luah pelakon ini.

Semoga Norlia terus tabah dan dilimpahkan rezeki. Mahu buat macam mana, platform sosial media sekarang ini membuatkan orang bebas berkata kata sampai kadang kadang lupa cermin diri sendiri. Bertabah sajalah dalam mengharungi hidup di zaman sebegini. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments