Selagi belum bergelar isteri, selagi itulah soalan mengenai jodoh harus dihadapi Mira Filzah. Jelasnya beliau juga seperti wanita lain, mengimpikan perkahwinan yang indah. Pun begitu bagi Mira, masa itu akan tiba jua dan dirinya tidak perlu terdesak untuk mencarinya.
BACA: “Maaf, Cinta Saya Bukan Untuk Zizan Razak”
“Saya tidak pernah tolak untuk berkasih-kasihan, saya juga tidak tolak untuk ke jinjang pelamin. Cuma jodoh saja belum tiba. Barangkali perjalanannya tersekat akibat kesesakan jalan raya. Saya teringin akhiri hubungan cinta dengan baik, tetapi masih menunggu”
“Tidak guna mendesak membuat keputusan demi kesenangan hati pihak lain. Saya percaya masa itu akan tiba jua, cuma bukan sekarang. Lagipun, tiada apa yang perlu dirahsiakan apabila bergelar anak seni. Lambat-laun peminat dapat hidu juga dengan siapa saya berkawan,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam masa yang sama, Mira menafikan dakwaan mengatakan dirinya sengaja menyorokkkan kisah cinta kerana risau namanya akan tenggelam. Malah katanya, pada masa ini beliau masih menantikan calon suami yang terbaik untuk dirinya dan enggan terlalu memikirkannya.
Terdahulu Mira pernah dikaitkan dengan pelakon, Zizan Razak selepas beberapa kali bergandingan di dalam drama dan filem. Bagaimanapun masing-masing tidak pernah berbicara lanjut mengenainya, malah mereka menerima gosip tersebut sebagai usikan peminat sahaja. (rtky/w)
0 comments