Mula dikenali melalui gambarnya ketika bertugas sebagai guru sementara dan dikenali sebagai Cikgu Aishah, kini empunya nama sebenar Puteri Aishah dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan Pengerusi Eksekutif, Naza World Group of Companies iaitu Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.
BACA: “Masih Tunggu Calon Jodoh Terbaik”
“Saya kenal SM Faisal menerusi kawan baik saya iaitu Yana. Kami memang dah kenal lama dan saya rapat dengan keluarga dia. Manakala Yana dan Faisal pula sepupu dekat dan kebetulan masa kami keluar bersama, dia ada ajak Faisal sekali. Dari situ saya kenal dan berkawan dengan dia”
“Sejujurnya, memang tidak ada hubungan istimewa pun sebab kami baru berkawan. Saya tak nak sorok apa-apa daripada peminat dan apa yang saya kongsi bukan nak tunjuk yang kami ini bercinta atau pasangan kekasih,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, melalui penjelasan tersebut dia berharap agar orang ramai tidak salah faham malah sempat menyatakan bahawa wanita lain di luar sana masih berpeluang untuk mengenali dan mendekati Faisal.
Sementara itu bagi peminat tegar Puteri Aishah, mereka mengharapkan yang terbaik selain ada yang sudah terbayang wajah comel anak Aishah dan juga Faisal. Laju betul imaginasinya pun. Bawa bersabar belaka ya, ‘kawan biasa’ dulu’kan Aishah kata. (rtky/s)
0 comments