Sunday, July 23, 2017

Diana Danielle Perjelas Sebab Raya Berasingan

Gara gara menyambut Aidilfitri berasingan baru baru ini, pelakon Diana Danielle menjelaskan perkara tersebut sebenarnya bukanlah memberi gambaran bahawa rumahtangga mereka sedang berantakan.

BACA: Raya Berasingan, Diana Danielle Enggan Perjelas Sebab

Jelas Diana kepada BH Online, dia terpaksa menyambut raya berasingan kerana ibunya menghidap demam denggi dan tahap kesihatan ibunya ketika itu menghalang mereka untuk beraya bersama.

“Seperti Farid, raya takkan bermakna jika ibu saya tidak sihat dan sekiranya tiada orang yang menjaganya. Anak pula gembira beraya di Kedah dan mereka mempunyai ramai sanak-saudara yang menyayangi mereka”

“Ia bukan (berlaku) seperti dakwaan ramai kerana tiada sebarang masalah terjadi antara kami. Saya cuma menjalankan tanggungjawab sebagai anak, itu saja. Saya percaya, orang lain akan buat benda yang sama kepada ibu mereka,” katanya. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments