VIETNAM - Seorang wanita mengandung yang mendapati suaminya berlaku curang, menghukum kekasih suaminya dengan melumurkan cili ke dalam kemaluan wanita itu.
Ly Chanel, 23, berkata, dia berasa curiga apabila suami yang baru dikahwininya tujuh bulan, Chien Keo, 24, kerap menghilangkan diri untuk beberapa jam.
Bakal ibu dan empat rakannya kemudian mengekori Chien ke sebuah hotel sebelum menangkap Chien dan kekasihnya di wilayah Thai Nguyen, utara Vietnam.
Berang suaminya berlaku curang, Ly memakai sarung tangan getah sementara tiga lagi rakannya menahan wanita itu dan seorang lagi merakam gambar kejadian di mana mereka menanggalkan seluar dalam wanita terbabit dalam kejadian pada waktu tengah hari Selasa.
Mereka kemudian mengambil beg plastik yang mengandungi cili dan menyumbat cili ke dalam kemaluannya menyebabkan wanita itu meronta-ronta kepedihan.
Gambar menunjukkan wanita terbabit ditahan di kepala, kaki dan tangan ketika cili segar dimasukkan ke dalam kemaluannya. Kelihatan beberapa biji cili juga berterabur di atas katil.
Mereka kemudian memuat naik gambar-gambar kejadian itu di media sosial dan menyatakan rasa bangga kerana mereka berjaya menghukum wanita berkenaan. Malangnya tindakan mereka itu dikecam netizen, malah berlaku tidak adil kerana si suami dibiarkan terlepas begitu sahaja.
Ly yang baru hamil tiga bulan dan bakal menerima bayi lelaki berkata, "Adakah suami saya mahu saya hidup bahagia dan menerima kehadiran zuriatnya ini kelak?
"Bagaimana dia boleh menanggung kami jika dia curang dengan perempuan lain? Perempuan yang menghancurkan rumahtangga wanita lain.
"Wanita boleh memberi kemaafan dengan mudah tetapi mereka tidak akan melupakan apa yang telah berlaku. Cemburu itu satu pedih dan pastinya perempuan itu juga tahu perasaan ini.
"Biarpun ada yang membenci saya dengan apa yang telah berlaku, tetapi begitulah kehidupan yang kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.," katanya.
Sementara itu, polis berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis dari mangsa kejadian namun pendakwaraya berkata, Ly Chanel boleh dikenakan tindakan jika polis mahu melakukan pendakwaan terhadapnya.
Peguam Giang Hong Thanh dari pejabat peguam daerah berkata, "Pertama sekali, adakah perlu berkongsi dan bersimpati dengan keadaan psikologi si isteri dalam hal ini jika wanita itu memang telah dilumurkan dengan cii itu telah menganggu rumahtangganya?
"Melumurkan cili di kawasan kemaluan individu lain dan memuat naik klip video atau gambar di internet adalah tindakan yang bertujuan menghina orang lain.
"Jika cili itu mencederakan alat kelamin mangsa, si isteri boleh didakwa mengikut Artikel 104 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman dan denda dari RM389 hingga RM556," katanya.
Berita berkaitan:
0 comments