Ini merupakan pengalaman kali pertama Lisa Surihani dan juga suami berhadapan dengan perangai anak pertama mereka yang mahukan perhatian. Mengakui patah hati dengan kejadian yang berlaku, dalam masa yang sama Lisa turut belajar perkara baru sebagai ibu bapa.
BACA: Yusry KRU, Lisa Surihani Nafi ‘Jual’ Anak
“Masa mula-mula dahulu dia memang sayangkan dan rapat dengan Yusof tetapi selepas dia melihat saya menyusukan adiknya, Yahaira mula berubah sikap. Dia sering menangis apabila nampak saya menyusukan Yusof dan meragam untuk mendapatkan perhatian saya dan suami”
“Saya tidak mahu Yahaira berasa sedih begitu kerana dia rasa seperti diketepikan. Situasi itu benar-benar buat saya patah hati kerana saya dalam dilema kerana perlu memastikan Yusof mendapat perhatian dan diberikan susu badan,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Lisa, secara perlahan-lahan dia mula belajar untuk membahagikan masa agar tiada di antara mereka merasakan seperti tidak penting dan mendapat kasih sayang sama rata.
Hasilnya, Yahaira mula menerima Yusof dengan baik. Malah perkara tersebut turut mengajar Lisa bahawa penjagaan dan didikan anak adalah berbeza dan perlu mengikut situasi mereka sendiri.
“Alhamdulillah walaupun masih kecil tetapi nampaknya dia sudah mula memahami bahawa Yusof adalah adiknya. Sekarang Yahaira lebih rileks dan mula menerima Yusof dan tidak mahu lepas pula,” kongsinya. (rtky/s)
0 comments