Tuesday, September 6, 2016

7 Fakta Menarik Yakult Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Kehadiran produk minuman kultur di Malaysia tidak dinafikan mampu memberi kebaikan kepada pengguna di sini. Namun sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah mengetahui dengan mendalam tentang apa yang kita makan atau minum.

Bertapak lebih 80 tahun, Yakult sememangnya merupakan minuman berkultur yang berkualiti. Sebab itulah kini Yakult sudah mampu berkembang di seluruh dunia. Jom kami kongsikan perkara menarik mengenai Yakult!

1. Tercipta sebab nak bantu orang ramai

3- 7 Fakta Menarik Yakult Yang Mungkin Anda Tak Tahu - ROTIKAYA

Doktor Minoru Shirota telah berjaya menghasilkan minuman bernama Yakult yang kini sudah pun mencapai usia lebih 80 tahun. Pada mulanya, dia ingin melindungi orang ramai daripada penyakit berjangkit yang berleluasa pada masa itu yang melibatkan usus seperti taun dan demam kepialu. Kini, hasil kajiannya ini telah membantu pelbagai lapisan golongan masyarakat untuk kekal sihat

2. Kenapa botol Yakult kecil?

1- 7 Fakta Menarik Yakult - ROTIKAYA

Satu botol kecil Yakult sehari sudah mencukupi untuk membantu kesihatan kita (Yakult bukan ‘penghilang dahaga’ ya!). Yakult sepatutnya diambil sebagai tambahan kepada makanan dan minuman harian kita.

Jadi, lebih selesa jika botol Yakult kecil supaya kita boleh menikmatinya setiap hari sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang. Botol yang kecil juga mengelakkan risiko pencemaran. Kalau botol besar digunakan dan tidak dihabiskan semuanya sekaligus, ada kemungkinan berlaku pencemaran oleh bakteria lain.

3. Dalam sebotol Yakult ada lebih 30 billion bakteria baik

9- 7 Fakta Menarik Yakult - ROTIKAYA

4. Kenapa sampai 30 billion?

5- 7 Fakta Menarik Yakult Yang Mungkin Anda Tak Tahu - ROTIKAYA

Sememangnya baik untuk usus, Yakult dalam masa yang sama memerlukan jumlah bakteria baik yang sangat banyak bagi memastikan jumlah yang sampai di bahagian usus mampu untuk terus hidup seterusnya memberi manfaat kepada anda.

Sebab itu kena minum setiap hari demi memastikan bakteria baik sentiasa mempunyai peluang untuk membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat.

5. Yakult membantu mengurangkan risiko kanser

2- 7 Fakta Menarik Yakult Yang Mungkin Anda Tak Tahu - ROTIKAYA

Bukan sahaja baik untuk kesihatan usus, Yakult juga turut membantu untuk mengurangkan risiko kanser dan perkara ini telah disokong oleh kajian demi kajian saban tahun.

6. Produk yang bermanfaat, kini boleh didapati di 33 buah negara

3- 7 Fakta Menarik Yakult - ROTIKAYA

Berdiri sebagai satu produk yang penuh manfaat, produk yang bermula di Jepun ini kini sudah pun berada di 33 buah negara di pelbagai rantau. Benda baik memang akan sentiasa mendapat perhatian dan juga permintaan di mana saja.

7. Minum Yakult, Boleh Pergi Jepun

Ini rahsia yang kami nak kongsikan juga. Tapi rahsia ini sangat bermakna bagi mereka yang betul betul tekad untuk ke negara asal Yakult iaitu ke Tokyo dan juga Hokkaido. Caranya mudah saja:

1) Beli produk Yakult Ace atau Yakult Ace Light sekurang-kurangnya 20 botol.
2) Kumpulkan pembalut plastik produk Yakult dengan tarikh luput dan barkod.
3) Tulis slogan.
4) Lengkapkan borang peraduan, sertakan pembalut plastik dan poskan ke alamat yang ditetapkan.

4- 7 Fakta Menarik Yakult - ROTIKAYA

Borang penyertaan boleh di muat turun di laman web Yakult di www.yakult.com.my. Senarai pemenang akan diumumkan pada 23hb Oktober 2016 di laman web Yakult.

Load disqus comments

0 comments