Nasihat Kepada Uqasha Dan Safiey Ilias Dari Felixia Yeap
Bekas model popular Felixia Yeap yang telah berhijrah dan memeluk agama Islam telah menulis surat terbuka kepada pelakon jelita, Uqasha Senrose dan juga usahawan Safiey Ilias.
Felixia Yeap atau nama Islamnya Raissyah, mengatakan hijrah memang mudah tetapi untuk istiqamah itu yang susah. Ternyata wanita ini memahami apa yang sedang dialami oleh mereka berdua.
Ini tulis Felixia Yeap:
HIJRAH MUDAH TETAPI…
Benarlah bila orang berkata…hijrah itu sebenarnya mudah.
Istiqomah itu yang susah.
Akhir-akhir ini, kita dikejutkan oleh berita tentang seorang saudari dan seorang saudara kita yang melambai kain putih tanda mengalah di pertengahan jalan penghijrahan mereka.
Mengejutkan?
Benar, tetapi pada masa yang sama, saya teramat memahami apa yang mereka lalui.
ALAMI PERKARA YANG SAMA
Saya turut mengalami perkara yang sama, setiap hari. Tetapi bagi saya, saya cuba lalikan diri saya daripada tohmahan, makian dan sindiran manusia.
Bagi saya, banyak lagi perkara yang penting dalam hidup ini untuk dibuat…daripada hanya cuba memuaskan hati dan menutup mulut manusia yang tidak menyumbang kepada penghijrahan kita.
Yang hanya tahu mencari kesalahan dan aib kita walaupun kita sedang berusaha menjadi lebih baik.
Misalnya, menjaga keluarga kita, mencari rezeki yang halal, membuat kerja amal, melebihkan dan menyempurnakan ibadah, etc etc.
FOKUS POSITIF SAHAJA
Tidak perlu kita terlalu mengambil berat apa yang negatif yang keluar dari manusia yang sentiasa berfikiran dan mengucap yang negatif sahaja.
Fokuskan pada yang positif, yang membina dan yang ikhlas.
Istiqomah itu terlalu susah, saya tahu.
Tetapi hijrah dan Hidayah itu juga teramat mahal dan berharga. Tidak semua dikurniakannya.
Saya akui, saya terlalu jauh daripada sempurna dalam penghijrahan saya sendiri, dan iman saya pun seringkali ada turun naiknya.
Kadang-kadang bertudung labuh, kadang-kadang berselendang.
Kadang-kadang leka, kadang-kadang insaf.
HIJRAH SLOW-SLOW
Tetapi itulah manusia.
Namun cubalah sedaya upaya, kekalkan pendirian untuk berhijrah…bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah SWT.
Kalau tak boleh Hijrah laju-laju, hijrah lah slow slow.
Lebih baik perlahan tetapi istiqomah…daripada laju tetapi cepat mengalah.
BERTAUBATLAH
Bagi yang suka menyindir, berburuk sangka, memfitnah dan menghasut orang-orang yang berusaha untuk berhijrah…bertaubatlah.
Mulut tu Allah SWT berikan untuk mengucap yang baik-baik sahaja.
Biarlah syaitan-syaitan sahaja yang buat kerja mereka tu.
Kepada pelakon wanita dan jutawan lelaki itu.
Daripada bekas model P*****y ini.
Berhijrah demi Allah SWT, kita pasti istiqomah.
Berhijrah demi manusia, kita pasti mengalah.
Nasihat Felixia Yeap ini memang amat baik dan bernas sekali, terutama dia merupakan salah seorang yang pernah melalui penghijrahan dan menjadi tumpuan umum. -PENMERAHDOTCOM
The post Nasihat Kepada Uqasha Dan Safiey Ilias Dari Felixia Yeap appeared first on PenMerah.com.
0 comments