Wednesday, September 7, 2016

Aksi Mesra Dengan Amar Baharin, Siti Elizad Mohon Maaf

Aksi Mesra Dengan Amar Baharin, Siti Elizad Mohon Maaf

amar-mesra

Siti Elizad kini sedang muncul dengan Amar Baharin di dalam satu drama bersiri berjudul ‘Si Kolot Suamiku’. Di dalam drama ini memang terdapat adegan mesra antara Siti Elizad dan juga Amar.

Antaranya ialah babak di atas katil yang sekaligus mengung komen-komen negatif dari para penonton dan peminat kedua-dua pelakon ini.

Siti Elizad telah tampil memohon maaf sekiranya terdapat aksi mesra di antara dirinya dan Amar Baharin dalam drama itu mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.

Ini komen Siti Elizad:

“Jujurnya, saya mengambil perkara ini secara positif. Baik atau buruk komen yang diberi, semua itu hak mereka dan ia tidak mengganggu saya sebagai pelakon. Saya menghormati komen terbabit kerana mereka juga sebahagian daripada penonton yang menaikkan rating tontonan drama ini”

“Bagaimanapun, saya memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan lakonan mesra itu,”

Sementara itu, Siti Elizad memberitahu, suaminya telah merestui dan memberi kebenaran tentang penglibatan beliau di dalam drama tersebut dan tiada isu mengenainya dari pihak suami. -PENMERAHDOTCOM

The post Aksi Mesra Dengan Amar Baharin, Siti Elizad Mohon Maaf appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments