Wednesday, September 7, 2016

Pengawal Peribadi Paling Cantik Di China

Pengawal Peribadi Paling Cantik Di China

chi

Seorang anggota tentera wanita bernama Shu Xin telah menjadi viral di China.

Wanita ini yang bertugas pada Sidang Kemuncak G20 di China telah dinobatkan sebagai pengawal peribadi paling cantik oleh netizen.

Disaat pemimpin dunia sedang sibuk berbincang dan bersidang, namun orang ramai lebih tertarik kepada anggota tentera yang dikenali sebagai Shu.

Info Shu Xin

Shu Xin berasal dari Guiyang dan sekeping gambar yang tersebar sekalgius menjadi viral menunjukkan Shu sedang mengiringi Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi.

Sebelum ini, pada sekitar tahun 2013, Shu Xin pernah dinamakan sebagai 10 anggota tentera tercantik di China. Namun sehingga kini tiada maklumat biodata penuh diterima oleh netizen.

Antara info menarik Shu Xin ialah lahir pada tahun 90an dan pernah memenangi pertandingan menyanyi di Yancheng.

Dilamar

Kisah viral kecantikan Shu Xin telah menyebabkan ada beberapa individu yang mahu menghawininya dan melamar wanita ini di laman media sosial. -PENMERAHDOTCOM

shu-1
shu-2

The post Pengawal Peribadi Paling Cantik Di China appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments