Bekas Isteri Jangan Cabar Saya, Dahlah Tak Pernah Minta Maaf – ALong Cham
Along Cham ternyata masih kecewa dengan sikap bekas isterinya Zila Seeron kerana dilihat cuba mencabar kes nusyuz dengan Along Cham. Along Cham bertegas akan membongkar aibnya sekiranya bekas isterinya itu terus mencabarnya.
Sebelum ini Along dilihat tidak membuat kenyataan kerana ingin menjaga aib isterinya itu sehingga Zila ditangkap khalwat. Along juga terkilan kerana Zila langsung tidak meminta maaf darinya.
Ini komen Along Cham:
“Saya tidak akan mengulas panjang lagi mengenai isu perceraian ini kerana bagi menjaga aibnya. Tetapi sebaliknya pula berlaku apabila bekas isteri yang masih juga berkeras mahu melawan kes nusyuz yang saya failkan untuk mempertahankan dirinya. Bekas isteri seolah-olah cuba mencabar saya pula. Jangan dicabar kerana nanti lebih banyak aib yang terbongkar”
“Saya rasa diri dikhianati dan masih terluka dengan perbuatannya itu. Sebelum ini juga, dia tidak pernah memohon maaf atas kesilapannya. Selepas melafazkan talak, tiada langsung perkataan maaf yang keluar daripada mulutnya. Jadi bagaimana saya mahu memaafkannya,”
Untuk pengetahuan, Along Cham telah memfailkan saman nusyuz terhadap bekas isterinya, Zila Seeron selepas dia ditangkap khalwat dengan seorang lelaki di Bukit Jalil. -PENMERAHDOTCOM
The post Bekas Isteri Jangan Cabar Saya, Dahlah Tak Pernah Minta Maaf – ALong Cham appeared first on PenMerah.com.
0 comments