Tidak mahu terus berahsia, Idris Khan mengakui bahawa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama seorang gadis maghribi yang dikenali sebagai Sanaa Jaffer sejak tujuh bulan lalu. Menurut Idris, buat masa sekarang beliau dan gadis tersebut masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan belum memikirkan soal berumah tangga.
BACA: Isu Video Lucah, Idris Khan Minta Tunjuk Bukti
“Apa saya boleh katakan perhubungan kami masih di peringkat awal. Jika semuanya berjalan lancar baru kami boleh ke fasa lebih serius. Saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini apatah lagi dia pun baru menamatkan pengajiannya di sini. Kalau boleh biar dia bekerja dahulu. Apa pun saya mengikut saja aturan yang ditetapkan.Saya lebih suka berterus-terang”
“Kalau ada yang bertanya saya sedia berkongsi, begitu juga sebaliknya. Bukan apa, kalau saya berahsia pun perkara ini akan diketahui juga. Cuma saya tidak terlalu mendedahkannya kepada umum. Malah di laman Instagram pun tidak banyak gambar kami bersama. Mungkin sebab itu banyak yang tak perasan,” katanya kepada Harian Metro berhubung dengan perkara itu.
Gadis berusia 25 tahun itu khabarnya beragama Islam, malah hubungan cinta diantara mereka juga turut diketahui oleh kedua belah keluarga. Tambah Idris lagi, buat masa ini juga Sanaa adalah wanita yang paling rapat dengannya selain menjadi tempat menceritakan masalah. Apapun semoga dipanjangkan jodoh dan mudah-mudahan hingga ke jinjang pelamin. (rkty/w)
0 comments