Monday, September 5, 2016

Elfira Loy Sekali Lagi Tampil Pertahan Tindakan Uqasha Senrose

Elfira Loy Sekali Lagi Tampil Pertahan Tindakan Uqasha Senrose

el

Tindakan Uqasha Senrose membuka tudung masih dikecam orang ramai. Setiap gambar yang dimuatnaik habis teruk dihentam.

Pelakon Elfira Loy tidak dapat menahan melihat rakannya Uqasha terus dikritik dan telah tampil mempertahankan Uqasha dan meminta orang ramai untuk tidak terus mengecam dan menkritik rakannya itu.

Ini komen Elfira Loy:

“Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam sahaja. Mungkin apa yang orang lain lihat adalah Uqasha sedang berhadapan dengan ujian, tetapi mungkin sebaliknya”

“Mungkin sebenarnya kita yang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh kita mampu menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respon negatif terhadap perkara ini. Bimbingan serta kata-kata nasihat secara positif harus diberikan, bukannya menghentam dan bersikap negatif,”

Elfira Loy berkata dia amat memahami perasaan yang dihadapi oleh Uqasha apabila setelah tiga tahun bertudung, dengan iman yang tidak stabil membuatkannya untuk membuka tudung.

Walaubagaimanapun, Elfira berharap Uqasha Senrose akan terus tabah dalam menghadapi ujian berat yang sedang dilaluinya ini. -PENMERAHDOTCOM

The post Elfira Loy Sekali Lagi Tampil Pertahan Tindakan Uqasha Senrose appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments