“Hubungan Kami Baik” – Kamal Adli Tampil Bersama Emma Maembong
Pelakon kacak, Kamal Adli telah hadir ke Festival Filem Malaysia (FFM-28) bersama kekasihnya Emma Maembong.
Kamal Adli memberitahu kehadirannya bersama aktres Emma Maembong di karpet merah FFM pada malam Sabtu lalu atas undangan darinya sendiri dan menjelaskan hubungannya dengan Emma masih lagi baik.
Ini komennya:
“Kebetulan Emma tiada teman untuk ke FFM dan saya mengajaknya untuk melalui karpet merah itu bersama-sama.
“Hubungan kami masih baik dan sedang cuba memperbaiki kekurangan yang ada sebelum ini.
“Selebihnya doakan yang baik-baik untuk kami berdua,”
Sebelum ini, hangat diperkatakan tentang hubungan pasangan ini yang dikatakan sudah berakhir apabila masing-masing jarang memuat naik gambar bersama di laman sosial.
Malah Emma dalam satu kenyataan meminta diberi ruang untuk berbincang tentang hala tuju hubungan mereka sebelum memberi sebarang respons.
Sementara itu ini pula respon Emma Maembong apabila ditanya kenapa datang bersama Kamal Adli:
“Hubungan kami masih baik dan saya datang bersama dia malam ini pun kerana Kamal yang ajak. Saya okey sahaja. Siapa kata kami bercinta? Saya tak pernah pun cakap bercinta… Kami kawan biasa saja,”
Itulah kata-kata dari Emma Maembong tetapi dengan nada gurau.
Semoga pasangan ini dapat bersatu semual sebagai pasangan kekasih dan berakhir dijinjang pelamin. Sememangnya satu pasangan yang secocok. -PENMERAHDOTCOM
The post Ini Reaksi Kamal Adli Apabila Tampil Bersama Emma Maembong Di FFM appeared first on PenMerah.com.
0 comments