ANKARA, TURKI - Seorang bayi lelaki dilahirkan dengan tanda lahir berbentuk hati di dahinya menarik perhatian orang ramai, lapor Daily Mail.
Pasangan Murat Engin, 30, dan isterinya, Ceyda, 28, juga tidak percaya bila bayi mereka yang diberi nama Cinar itu mempunyai tanda lahir di dahinya.
Kelahiran bayi berkenaan menarik perhatian ramai kakitangan hospital sehingga ada yang merakam gambar swafoto dengannya.
Menurut ibu bapanya, anak lelaki mereka itu mempunyai ramai peminat dan seringkali didekati orang ramai yang mahu merakam gambar dengannya.
"Kami sayang dia dan tanda lahirnya. Selepas jururawat membersihkan Cinar yang baru dilahirkan, sayalah orang pertama yang ternampak tanda lahir itu di dahinya. Saya benar-benar terkejut, bila diperhatikan secara dekat, ia tanda lahir berbentuk hati.
"Bila ibunya melihat tanda lahir itu, dia mula menangis. Ia benar-benar anugerah dari tuhan. Tiada seorang pun yang berprasangka negatif," kata Murat. - The Reporter
0 comments