Bukan lagi penaja utama bagi anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL 31), Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman meluahkan rasa bengang terhadap pihak penganjur acara terbabit yang tidak menjemput beliau. Malah lebih mengecewakan, alasan yang diberikan, tiket telah habis.
BACA: Datuk Vida Nafi Rumahtangga Sedang Bergolak
“Sebagai bekas penaja, saya sepatutnya diberikan ruang untuk turut menghadiri ke AJL31 walaupun bukan sebagai penaja utama. Kehadiran saya juga merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air kita”
“Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan,” katanya kepada Utusan Online berhubung dengan pihak penganjur yang tidak menjemput beliau ke Anugerah Juara Lagu (AJL 31).
Terkilan dengan tindakan penganjur acara itu, Datuk Vida menyifatkan ianya sebagai tindakan tidak profesional memandangkan beliau merupakan bekas penaja utama acara itu. Anugerah tersebut disiarkan secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. (rkty/w)
0 comments