Monday, January 2, 2017

Hampir setahun tak bayar, takkan tak nak tengok gambar kahwin sendiri? - Photographer


Mana-mana pasangan yang berkahwin, pastinya mahu Majlis Raja Sehari mereka dirakam oleh lensa photographer untuk dijadikan sebagai kenangan sepanjang hayat. Namun tidak bagi pasangan ini yang berdiam diri selepas majlis berkenaan dan tidak membuat pembayaran kepada photographer seperti yang dijanjikan. 

Hari demi hari, bulan demi bulan dan sudah hampir setahun, pembayaran masih belum dibuat meskipun photographer berkenaan sudah berkali-kali mengingatkan/meminta pasangan berkenaan berbuat demikian. 

Meskipun diperlakukan seperti itu, photographer berkenaan masih jua bersabar dan dengan sopan serta berbudi bahasa meminta mereka melangsaikan bayaran. Malangnya, alasan demi alasan diberi dan sehingga kini masih belum mendapat bayaran. 

Saya cuma nak hak saya dan rakan-rakan lain, sudah hampir setahun pun masih belum ada respon yang baik


Selepas meeting, selepas isyak, masalah kewangan, bulan 11 dan sehingga kini masih belum ada bayaran


Hampir setahun berlalu, takkan tak ada buat simpanan langsung?














Alangkah mudahnya pasangan ini menaburkan janji, namun tidak pula mengotakannya. Biar apa pun masalah yang dihadapi, bayaran perlu dibuat segera kerana perjanjian dan tugas telah dibuat tanpa gagal. 

Tindakan seperti ini, bukan sahaja telah menipu photographer berkenaan, malah menganiaya mereka yang bekerja. Tidak terfikirkan tindakan kurang cerdik itu akan menyusahkan orang lain yang mempunyai tanggungannya tersendiri? 

Sebab itulah orang kata, kalau tak mampu buat majlis perkahwinan yang gah, buatlah majlis yang sederhana agar tidak memakan diri. Bila berlakunya kes seperti ini, jangan ingat ianya tidak akan mendatangkan kesan pada rumahtangga. Pasti ada kifarahnya, cuma cepat atau lambat sahaja. - The Reporter
Load disqus comments

0 comments