Tuesday, January 3, 2017

Harga makanan di kantin sekolah, mahal atau berpatutan?

Foto - Nur Fitri Damia
KUALA LUMPUR - Mahal, murah atau berpatutan? Itu persoalan seorang ibu mengenai harga makanan yang dijual di kantin di sebuah sekolah di sekitar ibu kota.

Kenaikan harga berlaku setiap tahun, namun ada ibu bapa yang mula mempersoalkan wajarkah pihak kantin menggenakan harga yang mahal terhadap pelajar sekolah? 

"Harganya agak mahal. Halau beginilah harganya di kantin sekolah, agak-agak berapa ringgit yang kita perlu beri pada anak-anak kita? Itu baru sekolah pagi. Petang? Sebulan dah berapa?" soalnya. 




Selain harga, turut dipertikaikan jenis hidangan yang disediakan didakwa terlalu berat dan tidak memberikan khasiat kepada pelajar. 

"Jangan dihidangkan makanan berat yang akan membuat mereka mengantuk dan menganggu pembelajaran. Sebenarnya makanan untuk pelajar sekolah tidak perlu makanan yang berat, cukup sekadar hidangan alas perut dan berkhasiat. Contohnya Nasi Goreng Cina, Bihun Singapore dan di dalamnya ayam dan sayur semuanya ada. 

"Kami faham dengan keadaan ekonomi sekarang, tetapi tengoklah keadaan. Kalau boleh tukar, tukar menu," katanya. 



Menurut wanita berkenaan, pihak kantin perlu mempertimbangkan semula menu yang disediakan serta harga yang dikenakan kerana ada pelajar yang tidak berkemampuan membeli makanan dengan harga sedemikian.

"Kasihan pada anak-anak. Yang mampu tak mengapa, bagaimanapun dengan yang tidak mampu? Akhirnya mereka hanya mampu melihat kawan-kawan makan. 

"Macam mana perasaan anak-anak kita bila tidak mampu nak membeli? Mesti sedih rasanya. Begitu jugalah mereka yang lain tidak berkemampuan. Fikir-fikirkanlah," katanya. - The Reporter
Load disqus comments

0 comments