Bunyinya macam serius juga khabar berita hasil dari penyelidikan ahli forum CARI mengenai apa yang terjadi di antara Nazim Othman dan juga Bella Dally. Ini kerana wujud dakwaan bahawa Bella ada memadam gambar mereka bersama di laman Instagram.
BACA: Bella Dally Akui Belum Sempat Berbulan Madu
Malah perkongsian gambar di Instagram Bella juga adalah lebih banyak bersendirian, sedikit berbeza dengan kebanyakan rakan selebriti lain yang pastinya akan berkongsi detik manis bersama di laman sosial tersebut. Malah khabarnya gambar mereka ketika berbulan madu di Bali juga turut dipadam.
Walaupun begitu, belum ada kenyataan rasmi daripada pasangan ini. Di atas dasar minat dan peka terhadap perkembangan selebriti ini, tidak mustahil ramai juga peminat turut tertanya perkara yang sama selain menantikan gambar mereka berdua di laman sosial.
“Dia ‘hero’ saya kerana sangat bertoleransi. Pengorbanan dan kesetiaannya buat saya yakin dia jodoh saya. Bella gadis yang sangat istimewa, dia sahaja boleh faham dan tahan dengan saya”
“Lebih terharu apabila dia sentiasa ada di saat susah senang termasuk ketika saya terlantar di hospital,” katanya kepada Harian Metro ketika selesai majlis perkahwinan mereka pada September tahun lalu (2016).
Pastinya pasangan ini mempunyai jawapan tersendiri dan peminat pastinya akan turut gembira untuk melihat mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Apa pun, semoga semuanya baik baik belaka hendaknya. (rtky/s)
0 comments