Adakah anda mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam? Sekiranya ya, cuba anda kenalpasti adakah anda sering menggunakan gadjet seperti telefon pintar ataupun tablet pada waktu malam sebelum tidur? tahukah anda bahawa sekiranya anda menggunakan gadjet sebelum tidur, ia akan menyebabkan kesukaran untuk tidur secara optimum.
Apakah yang dimaskudkan dengan 'bluelight'?
Cahaya terdiri daripada zarah elektromagnetik yang yang bergerak di dalam gelombang. Gelombang ini menghasilkan tenaga bergantung kepada panjang gelombang tersebut. Setiap panjang gelombang diwakili oleh warna yang berbeza, dan dibahagikan ke dalam kategori berikut : sinar gamma, sinar-x, sinaran ultraviolet (UV), cahaya yang kelihatan, cahaya inframerah, dan gelombang radio
Namun, mata manusia hanya sensitif kepada satu bahagian sahaja iaitu cahaya yang mampu dilihat (visible light). Bluelight berada di dalam kategori ini dan ia merupakan cahaya dengan panjang gelombang yang sangat pendek. Oleh hal yang demikian, ia menghasilkan tenaga yang sangat banyak. Kesannya, sekiranya mata kita terdedah kepada cahaya ini pada waktu yang sangat lama, mata kita akan mengalami kerosakan dan kesakitan untuk jangka masa yang lama.
Bagaimanakah cahaya ini mempengaruhi tidur anda?
Banyak kajian telah membuktikan bahawa bluelight yang dihasilkan oleh screen LED telefon pintar mampu memperlahankan atau menyekat pengeluaran hormon melatonin, iaitu hormon yang akan memberi 'signal' kepada otak kita bahawa sudah sampai masanya untuk tidur.
Tanpa hormon tersebut, kita akan terjaga lebih lama berbanding biasa.
Sekiranya anda inginkan tidur yang baik, maka jauhkanlah gadjet-gadjet anda daripada diri anda pada waktu malam sebelum tidur. Namun, sekiranya anda terdesak ingin melakukan kerja ataupun ingin menonton drama pada waktu malam di telefon anda, anda boleh lah memuat turun aplikasi-aplikasi yang dapat membantu anda untuk megelakkan daripada bluelight yang dihasilkan seperti aplikasi bluelight filter yang anda boleh dapati di Google Playstore.
Sumber rujukan : bluelightexposed.com
via Bin Usrah
0 comments