Thursday, August 25, 2016

“Macam Hero Hindustan…” Dato Red Akui Playboy Sejak Dulu

“Macam Hero Hindustan…” Dato Red Akui Playboy Sejak Dulu

datored

Suami kepada Adira iaitu Dato Red kini semakin dikenali ramai. Dato Red atau nama penuhnya Dato Seri Adnan Abu sering terpalit dengan kontroversi sejak berkahwin dengan Adira.

Malah pernikahannya dengan Adira di Thailand juga penuh dengan kontroversi. Dato Red juga dilihat sering membuat kenyataan akhbar tentang sesuatu isu dan pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin empat sebelum usia 40 tahun.

Dato Red kini tampil memberitahu dia bukan bersikap ‘playboy’ apabila sudah kaya namun perangainya sudah lama seperti itu sebelum bergelar ‘orang kaya’ lagi.

Ini komennya:

“Mungkin orang kata, saya bila kaya, (jadi) playboy. Tidak, saya bawa lori sayur pun saya sudah playboy.

“Perempuan bukan semua yang pandang harta. Pandai bercakap, pandai melayan saja. Perempuan ini lemah (apabila) dipuji. Tidak semestinya (lelaki) ada harta,”

“Saya suka orang kecam saya. Macam hero Hindustan, kalah dahulu tetapi penghujungnya menang. Saya akan ingat siapa kecam saya.

“Tetapi penghujung nanti mereka sukakan saya. Saya hendak begitu.”

“Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40. Saya hendak buat versi baru (pelawak) Salih Yaacob.”

Itulah kenyataan terbaru dari Dato Red. Untuk pengetahuan Dato Red mempunyai 5 orang cahayamata dan dua orang isteri. -PENMERAHDOTCOM

The post “Macam Hero Hindustan…” Dato Red Akui Playboy Sejak Dulu appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments