Bayar Cash!! Lidah Terputus Selepas Tengking Ibu
Satu kisah sedih telah dikongsikan seorang ustaz ketika menyampaikan ceramah agama bertajuk ‘Dosa berkata ah kepada ibu’. Artikel ini ditulis semula oleh seorang hadirin ceramah berkenaan.
Kisahnya berlaku apabila seorang anak perempuan enggan menurut perintah ibunya selepas berjaya dalam kerjayanya dan menerima balasan hingga terputus lidahnya dalam kemalangan akibat meninggikan suara kepada ibunya.
Setiap kali si ibu meminta tolong, anaknya akan menjawab dengan nada yang menujukkan rasa tidak puas hati, seperti menyusahkannya.
Pada satu hari, si ibu yang sudah tua ada meminta si anak untuk dihantar ke sebuah pasar dengan menaiki kereta anaknya, namun permintaan ditolak atas alasan sibuk bekerja sehingga meninggikan suara kepada ibunya.
Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, si anak masih marah terhadap ibunya itu sampai menggigit-gigit lidahnya, si anak tiba-tiba terlanggar bonggol dan terus merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.
Akibat daripada kemalangan itu, si anak tergigit lidahnya sendiri ditambah dengan dagunya terhantuk pada stereng kereta hingga mengakibatkan lidahnya terputus.
Ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital, wanita ini teringat kembali kata-kata dan suara tinggi yang sering ditujukan kepada ibunya. Dia memang selalu menengking ibunya.
Kini, si anak tidak mampu bercakap untuk memohon maaf kepada ibunya setelah pelbagai perkara yang menyakiti ibunya itu. Yang ada hanyalah linangan air mata sebagai tanda bersalah, menyesali perbuatannya.
Apabila ibunya datang melihat keadaanya anaknya di hospital,anaknya itu menghulurkan kertas sebagai cara meminta maaf yang berbunyi; “sakit lidahku terputus tidak sesakit hatimu ibu, maafkan aku anakmu, saya berjanji akan membayar kesalahanku pada ibu. Wassalam anakmu.”
Ibunya kemudian terus memeluk anaknya itu dengan penuh kasih sayang.
Kisah ini sememangnya satu peringatan yang penting tentang jangan sesekali menyakiti hati ibu. Jagalah ibu bapa kita. -PENMERAHDOTCOM
The post Bayar Cash!! Lidah Terputus Selepas Tengking Ibu appeared first on PenMerah.com.
0 comments