Gambar Remaja Lelaki 18 Tahun Nikahi Isteri 42 Tahun Jadi Viral
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan telah menikahi isterinya yang berusia 42 tahun dan telah menjadi viral hari ini.
Gambar pasangan pengantin berkenaan yang dimuat naik oleh beberapa laman Facebook popular dilaporkan berlaku di Kuala Penyu, Sabah sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi dari pengguna FB.
Orang ramai dilihat memberi komen ucapan tahniah dan ramai mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal lama, meskipun jarak usia seperti ibu dan anak.
Tetapi memang ada yang menjadikan kisah perkahwinan umur yang jauh ini sebagai bahan lawak. Ada segelintir netizen membuat lawak kononnya remaja lelaki tersebut bakal menghadapi masalah di malam pertama. Ada juga yang mendakwa wanita terbabit minat pada lelaki muda.
Pelbagai komen dan ulasan diberikan tentang perkahwinan ini.
Ini antara komen-komen dari orang ramai:
“Tak payah mengata. Dah jodoh diorang…”
“Kenapa ramai yg menghina. Yg masih bujang tu belum tentu jodoh kamu lagi macam mana orangnya…yg dah kahwin tu jaga pasangan kamu tu..”
“Jodoh itu rahsia Allah. Sekurang-kurangnya mereka tidak melakukan maksiat,”
“Kenapa kutuk atau perli? Sepatutnya ucapkanlah Alhamdulillah. Dek umpatan netizen yang tidak sayangkan mulut ini, pasangan ini beroleh pahala berganda-ganda,”
“Apa masalahnya wanita itu lebih berumur? Meluat baca komen netizen yang tidak boleh menerima jodoh orang.”
“Kalau ditakdirkan itu jodoh kita, maka itulah jodoh kita. Kun faya kun. Selamat pengantin baru kalau benar ceritanya,”
“Apa kisah nabi pun nikahi wanita 40 tahun..”
Apapun kita tunggu penjelasan kisah ini sama ada ianya betul atau tidak. -PENMERAHDOTCOM
The post Gambar Remaja Lelaki 18 Tahun Nikahi Isteri 42 Tahun Jadi Viral appeared first on PenMerah.com.
0 comments