Dengan usia kandungan mula mencecah tiga bulan, Stacy AF mengakui bahawa beliau mula mengalami perubahan dimana dirinya lebih menggemari makanan manis sejak hamil. Malah selera makannya juga semakin bertambah berbanding sebelum ini, bagaimanapun beliau bersyukur kerana setakat ini masih belum mengalami sebarang alahan teruk seperti muntah.
BACA: Akim Ahmad Sahkan Stacy AF Kini Hamil Anak Pertama
“Usia kandungan saya kini sudah mencecah tiga bulan. Saya baru sahaja mengetahuinya sejak sebulan yang lepas setelah merasai beberapa perubahan pada diri. Perubahan ketara yang saya rasa adalah selera makan saya semakin bertambah. Jika dahulu saya menggemari makanan masam, tetapi sekarang ia terbalik kerana lebih menggemari makanan manis pula”
“Saya bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang alahan mahupun muntah-muntah yang teruk. Setakat ini, segalanya berjalan seperti biasa. Pada mulanya kami memang tidak mahu mengumumkan kepada sesiapa, tetapi setelah ramai pihak mula bertanya dan melihat perubahan perut saya, jadi kami pun bersetuju untuk berkongsi,” katanya kepada Media Hiburan.
Sementara itu, Stacy juga memaklumkan bahawa walaupun beliau kini sedang hamil namun sebolehnya dirinya mahu meneruskan aktiviti pekerjaan kerana tidak mahu terlalu memanjakan diri. Terdahulu, Akim Ahmad menerusi instagramnya membuat pengumuman berita gembira itu, lebih manis lagi apabila pengumuman itu dibuat pada majlis harijadi isterinya itu. (rkty/w)
0 comments