Thursday, August 25, 2016

Zamani Slam Nafikan Kembali Tagih Dadah

Masih terpalit dengan kisah silamnya yang bergelumang dengan najis dadah, Zamani Slam menafikan dakwaan yang timbul baru-baru ini yang mengatakan bahawa dia kini kembali menagih dadah hanya gara-gara melihat dia kembali mengunjungi pusat pemulihan dadah di Sungai Besi.

BACA: Zamani Slam Mahu Rahsiakan Identiti Bakal Isteri

“Memang saya ada mengunjungi pusat itu untuk menjalani pemeriksaan bagi membuktikan keadaan saya sudah pulih dari ketagihan. Malah, saya juga sudah ada surat akuan dari pusat pemulihan terbabit,” katanya.

Tambah Zamani, ketika ini dia sedang sibuk membuat persiapan konsertnya yang akan berlangsung di Johor Bahru dan Istana Budaya dan berharap penjelasannya itu dapat membersihkan kembali namanya. Selain itu, Zamani juga dalam masa yang sama dilihat semakin kurus.

“Berat badan susut kerana mungkin tidak cukup rehat kerana saya sibuk dengan persiapan untuk konsert,” jelasnya kepada Harian Metro. Tahniah buat Zamani kerana telah bebas dari najis dadah. Semoga kuat dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang. (rtky/s)

6- Zamani Slam Nafi Kembali Tagih Dadah - ROTIKAYA 5- Zamani Slam Nafi Kembali Tagih Dadah - ROTIKAYA 4- Zamani Slam Nafi Kembali Tagih Dadah - ROTIKAYA 3- Zamani Slam Nafi Kembali Tagih Dadah - ROTIKAYA 2- Zamani Slam Nafi Kembali Tagih Dadah - ROTIKAYA 1- Zamani Slam Nafi Kembali Tagih Dadah - ROTIKAYA
Load disqus comments

0 comments