Masih tidak habis lagi dengan isu Zain Saidin inginkan cahaya mata kedua selepas ditolak Rozita Che Wan untuk hamil lagi. Bagaimanapun, hasrat Zain untuk menambah ahli keluarga mereka mungkin tercapai namun beliau perlu menunaikan pelbagai permintaan Che Ta seperti membelikan beg tangan, barulah beliau bersetuju untuk hamil lagi.
BACA: Che Ta Tak Kisah Jual Kisah Peribadi Untuk Wang
“Saya sudah tua untuk hamil lagi. Bagaimanapun, kalau ada rezeki, mengapa tidak. Malah bulan depan saya dan Zain serta Aaisyah Dhia Rana juga akan mengerjakan umrah. Saya berdoa agar hasrat kami untuk hamil lagi akan diperkenankan Tuhan”
“Kalau Zain mahu saya hamil lagi, dia kena bersedia dengan banyak permintaan saya seperti beg tangan baharu dan sebagainya,” jelasnya kepada Projek MMO mengenai hasrat Zain yang menginginkan cahaya mata kedua selepas Aaisyah Dhia Rana.
Sebelum ini, Zain ada menyatakan hasratnya untuk menimang bayi kedua, namun Che Ta enggan hamil lagi kerana faktor usianya yang semakin meningkat. Malah Zain juga berharap kunjungan mereka ke tanah suci Mekah tidak lama lagi dapat melembutkan hati isterinya untuk hamil lagi. (rkty/w)
0 comments