Saturday, January 21, 2017

Fattah Amin Nafi Pernah Gaduh Dengan Neelofa

Jika sebelum ini timbul khabar angin mengatakan bahawa Fattah Amin dan juga Neelofa bergaduh ketika dia dikaitkan dengan pelakon wanita lain, pelakon lelaki tersebut menyatakan bahawa sebenarnya perkara sedemikian tidak pernah terjadi.

BACA: “Pendek Kata, Fattah Amin Kantoi”

“Saya dan dia (Neelofa) tidak pernah bergaduh, bahkan tidak pernah timbul isu pergaduhan di antara kami. Saya dan Neelofa okay, kami memang berkawan baik,” jelasnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun Fattah enggan mengulas lanjut mengenai hubungan dan juga kontroversi yang melanda mereka sebelum ini. Tambah Fattah lagi, dia juga menyampaikan lagu kepada Neelofa baru baru ini dengan penuh perasaan.

“Sudah tentu saya berasa gembira kerana saya berpeluang untuk membuat persembahan secara langsung dan lagu itupun saya sampaikan ikhlas daripada hati saya. Bahkan, sajak yang saya buat itu pun sebenarnya saya sampaikan ikhlas daripada hati saya”

“Akhirnya, saya dapat meluahkan segala-galanya,” kata Fattah Amin lagi. Apa yang pasti, Fattah dilihat kembali memuatnaik gambar bersama di Instagram dan ternyata membuatkan peminat kembali menyimpan hasrat agar pasangan ini ditemukan jodoh satu hari nanti. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments