Tuesday, January 3, 2017

Ikuti Cara Cara dan Petua Untuk Mendapatkan Anak Kembar



Jika anda salah seorang daripada ibu yang sedang mengandung anak kembar, tahniah!. Tidak ramai sebenarnya yang dapat merasai sepasang bayi di dalam kandungan. Ada yang kata anak kembar ni semuanya kita dapat rasakan berganda, termasuk kesakitan waktu bersalin.

Cemburu dengan orang yang dapat anak kembar?

Kenapa perlu cemburu? Itu rezeki masing-masing yang telah ditetapkan Allah. Ada yang dapat anak kembar perempuan, ada pula yang dapat anak kembar lelaki. Yang lebih menarik, dapat sepasang anak lelaki dan perempuan. Bersalin pula, sekali sahaja!
Peluang untuk mendapat anak kembar sebenarnya adalah rendah iaitu kurang daripada 1%. Majoriti daripada anak kembar adalah terdiri daripada kembar tidak seiras, di mana dua telur telah disenyawakan. Selebihnya adalah kembar seiras di mana satu telur pecah menjadi dua fetus. Secara genetik, mereka akan mempunyai sama jantina, sama ciri-ciri fizikal dan sama perwatakan. Ada juga yang akan lahir sebagai kembar Siam, di mana mereka berkongsi anggota badan.

Bagaimana cara mendapatkan anak kembar?

Perkongsian ini datang dari Facebook Page Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung yang menyenaraikan perkara berikut:

1. Genetik

Jika dalam salasilah keluarga, terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.
Jika genetik sudah ada, cara mendapatkan anak kembar mungkin lebih mudah, jika diizinkan Allah.

2. Umur

Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. Bilangan Anak

Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat badan dan ketinggian

Cara mendapatkan anak kembar juga dikatakan ada kaitan dengan berat badan. Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet

Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Senarai cara mendapatkan anak kembar ini hanyalah tips semata-mata. Ia perlu seiring dengan usaha. Kena jaga diet!

6. Pengambilan ubat kesuburan

Cara mendapatkan anak kembar dengan ubat kesuburan perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

7. Kahwin dengan keturunan kembar

Cara mendapatkan anak kembar yang penting ialah kahwin dengan orang yang ada keturunan kembar. Semasa bercinta, cuba selidiki samada balak pasangan kita ada sejarah kembar atau tidak. Cuba semak latar belakang, entah-entah, bakal pasangan ada kembarnya!
Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.
Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.

Cara mendapatkan anak kembar tidak boleh lari dari makanan. Makanan adalah sangat penting dalam proses untuk dapat anak kembar.
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.
Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

9. Berdoa pada Allah

Dalam Islam, kita semua digalakkan berdoa dalam usaha & cara mendapatkan anak kembar. Pelajari doa cepat mengandung yang selalu diamalkan. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:

Perkara yang ramai orang tidak tahu, bila hamil anak kembar

Mungkin cara mendapatkan anak kembar tidak selalu dibincangkan. Jika kita bertanya pasangan yang mendapat anak kembar, acapkali kita dengar, “Entahlah, tak tau macam mana nak bagi tips atau petua. Dah rezeki”
Tidak kira anak kembar mana yang anda bakal lahirkan, banyak perkara yang anda harus titik-beratkan. Kebiasaannya, anda boleh mengesan yang anda sedang hamil dengan anak kembar seawal trimester pertama lagi. Pemeriksaan ultrasound boleh mengesahkan anak kembar dan hasilkan imej untuk uterus dan anak kembar anda. Sediakan bajet untuk 3D 4D Scan di klinik yang berdekatan.
Setelah anda disahkan mengandung anak kembar, persiapan yang lebih rapi dari segi mental dan fizikal haruslah dilakukan.

Apa perlu buat jika mengandung anak kembar?

Kita sudah ketahui cara mendapatkan anak kembar. Tips dan petua itu mungkin buatkan anda berjaya mendapatkan anak kembar. Namun, itu hanya satu permulaan. Bagaimana sekiranya anda benar-benar hamil anak kembar? Apa yang perlu dilakukan?
Antara perkara yang anda boleh jangkakan lebih dari biasa adalah:

1.Pemeriksaan pra-natal yang lebih kerap

Anda akan lebih kerap bertemu dengan doktor, jika orang lain perlu membuat temujanji sebulan sekali, anda mungkin perlu berjumpa sebulan dua kali. Jumlah ultrasound dan ujian lain juga akan bertambah.

2. Berat badan bertambah lebih banyak

Jika anda mengandung seorang bayi pun, berat akan bertambah beberapa kilogram, kini dengan anak kembar, jangkakan berat anda bertambah sebanyak 17-25 kilogram.

3. Langkah berjaga-jaga tambahan

Doktor anda mungkin akan sarankan supaya anda menghadkan aktiviti anda seperti bekerja, melancong atau aktiviti fizikal semakin sarat anda mengandung.
Hanya perlu kurangkan serba sedikit berbanding biasa, bukan sampai ke tahap tak boleh buat langsung. Takut-takut pulak nanti pertumbuhan bayi terganggu apabila anda terlebih duduk diam.

4. Ambil nutrien tambahan

Memandangkan anak kembar memerlukan zat sekali ganda, anda semestinya memerlukan asid folik, kalsium, zat best, protein dan nutrien-nutrien penting lain bagi menggalakkan pertumbuhan yang sihat bagi anak dalam kandungan tersebut.

5. Mungkin tak cukup bulan

Bagi seseorang ibu yang mengandung, 40 minggu adalah tempoh yang cukup bagi pertumbuhan bayi yang sempurna dan selamat untuk dilahirkan samada secara semulajadi ataupun caesarean.
Tetapi dengan anak kembar, risiko adalah lebih tinggi untuk bersalin normal disebabkan pelbagai komplikasi. Mungkin seawal minggu ke-38 atau ke-39 anda sudah diminta untuk melakukan pembedahan.

Sumber: Sirap Limau


via Bin Usrah
Load disqus comments

0 comments