Jujur kami katakan, pertama kali menonton trailer Valerian and the City of a Thousand Planets, memang ternganga habis. Dunia yang cuba dibawakan oleh pengarahnya, Luc Besson, memang luar dari kebiasaan. Namun sebelum ini, Besson menyedari bahawa dia terpaksa menunggu waktu yang sesuai untuk menghasilkan filem pengembaraan angkasa penuh aksi ini.
Kisahnya bermula apabila Major Valerian (seorang pegawai yang nakal namun berani) dan Sergeant Laureline (seorang pegawai yang bijak namun kolot) sama sama ditugaskan dalam satu misi untuk menyelamatkan tamadun mereka. Pelbagai cabaran dihadapi dan kami kongsikan perkara menarik tentang filem Valerian and the City of a Thousand Planets ini.
Kekangan Teknologi Tahun 90-an Buat Pengarah Tunggu Waktu Sesuai
Memang berbaloi dengan teknologi sekarang ini kerana pelbagai dunia dapat dizahirkan dengan menarik sekali di dalam filem ini.
Dunia Yang Sangat Berbeza, Luar Batasan Imaginasi
Tengok trailer saja pun dah kagum gila! Pelbagai watak dan dunia yang direalisasikan dengan efek janaan komputer sangat mengujakan untuk ditonton!
Pengembaraan Ke Dunia Yang Tak Pernah Anda Bayangkan
Dalam filem ini, Major Valerian dan Sergeant Laureline pergi ke macam macam planet dan pelbagai halangan dihadapi mereka. Dengan visual yang menarik, setiap planet mempunyai daya tarikan tersendiri.
Pelbagai Cabaran Mendebarkan Yang Dilalui
Usaha pasangan ini menyelamatkan planet mereka mungkin kedengaran mudah lebih lebih lag mereka mampu merentas masa dan angkas tapi sebenarnya perkara tersebut ternyata sangat mendebarkan.
Tengok Tajuk Dah Tahu Mereka Akan Jumpa Macam Macam
Jika anda tengok trailer mereka, anda boleh tenggelam di dalam dunia yang penuh dengan pelbagai makhluk dan juga hidupan yang mungkin anda tak pernah bayankan selama ini dan aksi mereka bagai tak henti henti.
Bagi yang belum tengok trailer, ini kami kongsikan bersama anda. Rasa tak sabar betul nak tonton!
0 comments